Orang yang terlibat Pembunuhan_George_Floyd

George Floyd

George Floyd ialah seorang lelaki Afrika-Amerika yang berusia 46 tahun.[4] Dilahirkan di Houston, Texas, pendidikan di peringkat sekolah menengah sebagai atlet pelbagai sukan dan lulus penuh pada tahun 1993.[12] Beliau juga seorang rapper kumpulan hip hop yang di kenali sebagai Screwed Up Click dan pemuzik bebas "Big Floyd" yang mempunyai album terbitan oleh DJ Screw.[13] Floyd berpindah ke Minnesota sekitar tahun 2014. Beliau tinggal di St. Louis Park, Minnesota, dan telah bekerja di kawasan berhampiran Minneapolis sebagai pengawal keselamatan di sebuah restoran selama lima tahun.[14][15] Beliau baru sahaja kehilangan kerjanya pada masa Perintah Kawalan Pergerakan di Minnesota ekoran dari pandemik COVID-19. Floyd adalah bapa kepada dua orang anak perempuan, yang berusia 6 dan 22 tahun, mereka kini tinggal di Houston.[16][17][18]

Pegawai polis

Derek Chauvin, berusia 44 tahun, telah dikenalpasti sebagai pegawai polis yang melakukan penahanan terhadap Floyd dengan cara melutut di leher mangsa yang tertiarap di atas jalan sehingga lemas. Beliau pernah menjadi pegawai di Jabatan Polis Minneapolis sejak dari tahun 2001.[19] Pada masa yang sama, Chauvin juga mempunyai 18 aduan salahlaku semasa menjalankan tugas, dua daripadanya dikenakan tindakan disiplin termasuk mengemukakan surat tunjuk sebab.[20] Beliau juga telah melakukan tembakan ke atas tiga anggota polis, di mana salah seorang daripadanya telah maut.[19][21][22]Pegawai, Tou Thao berkhidmat sejak tahun 2009 dan telah menjabat jawatan sebagai pegawai sepenuh masa pada tahun 2012. Pada tahun 2017, Thao adalah defendan di dalam kes salah laku disiplin semasa menjalankan tugas dan telah menyelesaikan di luar mahkamah dengan melangsaikan pembayaran sebanyak $25,000 dolar Amerika.[23] Dua orang pegawai lain yang telah dikenal pasti sebagai Thomas Lane dan J. Alexander Kueng. Tidak mempunyai aduan terlebih dahulu mengenai rekod mereka. Kesemua empat orang pegawai telah dipecat selepas kejadian itu.[24]

Saksi

Menurut majikannya, Maya Santamaria, Floyd dan Chauvin kedua-duanya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan mempunyai syif tugasan yang bertindih di sebuah kelab malam Latin, El Nuevo Rodeo, walaupun ia tidak berapa jelas dijadikan sebagai bukti yang mana mereka mengenali antara satu sama lain.[25]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pembunuhan_George_Floyd //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... //www.worldcat.org/issn/0099-9660 https://www.bostonglobe.com/2020/05/28/nation/geor... https://minnesota.cbslocal.com/2020/05/26/george-f... https://www.fox9.com/news/timeline-death-of-george... https://www.fox9.com/news/who-was-george-floyd-fam... https://www.houstonchronicle.com/texas-sports-nati... https://www.insider.com/derek-chauvin-police-histo... https://kstp.com/news/george-floyd-fired-officer-o... https://kstp.com/news/investigation-minnesota-bca-...